Kuali takoyaki Takoyaki

Kuali takoyaki segiempat sama dengan 16 acuan

Kuali takoyaki (たこ焼き器, takoyakiki) atau—yang lebih jarang digunakan—takoyaki-nabe (たこ焼き鍋) ialah sejenis kuali rata yang diperbuat daripada besi tuang dengan acuan separuh bulat.[2] Besi berat ini memanaskan takoyaki dengan sekata, yang dipusingkan menggunakan pencungkil semasa proses pemasakan untuk menarik bahagian tepung sadur yang belum masan ke bahagian dasar acuan. Dapur takoyaki gas komersial digunakan semasa festival Jepun atau oleh peniaga gerai tepi jalan. Bagi kegunaan rumah, dapur versi elektrik yang menyerupai plat panas juga boleh didapati.